Wednesday, December 26, 2007

Prosedur Pemeriksaan

PROSEDUR PEMERIKSAAN



-Pemeriksaan akan dilakukan setelah permohonan memenuhi semua syarat yang ditetapkan dan bayaran caj perkhidmatan dilaksanakan.



-Pegawai Pemeriksa
Bagi pemeriksaan ke atas kilang pengeluar produk dan premis makanan, pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang pegawai iaitu;



-Pegawai Hal Ehwal Islam
-Pegawai Teknikal (Pegawai Teknologi Makanan)



Pemeriksaan bagi rumah sembelih pula boleh dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang Pegawai Hal Ehwal Islam dan seorang Pegawai Teknikal.



-Skop Pemeriksaan
Pemeriksaan merangkumi perkara-perkara berikut:



-dokumentasi;
-pemerosesan, pengendalian dan pengedaran produk;
-peralatan, perkakasan, mesin dan bahan bantuan pemerosesan;
-penyimpanan, peragaan dan penyajian produk;
- kebersihan, sanitasi dan keselamatan makanan;
-pembungkusan dan pelabelan; dan
-keseluruhan premis.



- Keperluan Pengeluar Produk
Setiap pengeluar produk yang ingin membuat permohonan hendaklah mengeluar, mengendali, menyedia dan memproses produk halal sahaja iaitu:



-kandungan bahan mentah, bahan terproses atau bahan tambah hendaklah halal. Senarai bahan tersebut hendaklah sama seperti yang telah dinyatakan di dalam borang permohonan;
-persekitaran hendaklah bersih dan pembersihannya mengikut jadual sanitasi yang teratur serta bebas pencemaran;
-susun atur peralatan dan barangan di dalam kilang hendaklah kemas dan rapi serta selamat semasa menjalankan kerja-kerja pengeluaran produk;
-tidak menerima kontrak luar untuk pemerosesan kecuali bagi produk halal sahaja;
-kilang pengeluar produk halal hendaklah berasingan dalam jarak 5 km dari:




i. pusat ternakan babi; dan
ii. loji kumbahan najis.



-bahan pembungkusan hendaklah tidak diperbuat daripada bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh Hukum Syarak dan memudaratkan kesihatan;
-pembungkusan juga perlu dikendalikan secara bersih dan dalam keadaan sanitasi yang sempurna;
- setiap bungkusan hendaklah ditanda dengan cara yang mudah dibaca, tahan lama dan dilabelkan dengan maklumat-maklumat berikut:




i. nama dan / atau jenama produk (hendaklah sama seperti yang terdapat di dalam Sijil Pengesahan Halal);



ii. kandungan minima dalam ukuran matrik;



iii. nama dan alamat pengilang dan/atau pengedar dan cap/tanda perdagangan;



iv. senarai bahan ramuan;



v. no. kod menunjukkan tarikh dan / atau nombor kumpulan pengeluaran / tarikh luput; dan



vi. logo halal JAKIM/ JAIN/ MAIN.




-peralatan yang digunakan hendaklah bebas daripada najis mengikut Hukum Syarak, tidak mempunyai sebarang bahan mudarat dan memberi kesan sampingan terhadap produk yang dikeluarkan;
-kawasan kilang hendaklah berpagar atau mengadakan mekanisma pengawalan bagi mencegah binatang sama ada peliharaan atau bukan dari memasuki atau berada di dalam kawasan premis.







-Keperluan Premis Makanan
Keperluan bagi premis makanan yang perlu diberi perhatian untuk tujuan pemeriksaan ialah:



-sumber ramuan yang diragui perlu dibuktikan melalui sijil halal yang dikeluarkan oleh badan Islam yang diiktiraf seperti bahan mentah, bahan terproses atau bahan tambah;
-penyediaan dan pengendalian bagi bahan mentah dan ramuan yang berkaitan hendaklah menepati standard halal, kebersihan dan keselamatan yang dikehendaki;
- ayam/itik dan seumpamanya hendaklah diperolehi daripada pembekal/ rumah sembelih yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal daripada JAKIM/JAIN/MAIN;
-penjualan arak dan seumpamanya tidak dibenarkan;
- peralatan dan perkakasan hendaklah dibersihkan setiap kali sebelum dan selepas digunakan dan hanya untuk memasak makanan halal sahaja;
-susun atur peralatan dan barangan hendaklah kemas, bersih dan selamat;
- setiap pekerja digalakkan mengikuti kursus Pengendali Makanan dan kursus Halal;
- hendaklah mematuhi langkah-langkah keselamatan dan kebersihan yang ditetapkan;
-penyimpanan bahan mentah dan produk siap sama ada sebelum atau selepas memasak hendaklah berada pada tahap yang memuaskan dari segi kebersihan dan keselamatan;
- stor penyimpanan bahan mentah basah atau kering hendaklah berasingan, disusun rapi dan teratur;
- pengangkutan hanya dikhaskan bagi produk Halal sahaja;
- semua yang terlibat dengan pengendalian makanan (bahan, dapur, peralatan, penyimpanan, pembungkusan) mestilah keseluruhannya hanya untuk makanan halal.



-Keperluan Premis Makanan Di Hotel
Keperluan bagi premis makanan di hotel yang perlu diberi perhatian untuk tujuan pemeriksaan ialah:



- secara umumnya hendaklah memenuhi keperluan premis makanan pada perkara 8.4;
- pemeriksaan dan pengesahan hendaklah dibuat bagi dapur hotel sahaja;
- menyediakan dua orang tukang masak muslim yang bekerja sepenuh masa di dapur hotel;
- semua peralatan hendaklah dikhaskan bagi penggunaan ruangan hidangan (dining room) halal sahaja;
- memastikan masakan halal sahaja disediakan di dapur tersebut;
- tidak menggunakan sebarang ramuan atau bahan mentah yang tidak halal dan meragukan bagi kesemua jenis masakan seperti masakan Western Food dan Chinese Food;
- memastikan dapur hotel berasingan daripada dapur yang tidak halal dan tidak boleh berlaku keluar masuk antara dua dapur;
- para pekerja adalah tidak dibenarkan keluar masuk antara dapur halal dan dapur yang tidak halal; dan
- arak dan ramuan berunsur arak tidak dibenarkan sama sekali berada di kawasan dapur halal.



Keperluan Rumah Sembelih

halal

Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:


Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan
sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu,
perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan
atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan
itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau
perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

a)bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh
Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
b)tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
c)tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut
Hukum Syarak; dan
d)tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang
tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum
Syarak.

KEPERLUAN UMUM BAGI PENSIJILAN HALAL

KEPERLUAN UMUM BAGI PENSIJILAN HALAL



-Setiap pengeluar produk/ premis makanan/ rumah sembelih hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.




-Setiap syarikat yang memohon Sijil Pengesahan Halal hendaklah memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal atau sub-kontraktor yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal.




-Setiap syarikat hendaklah memastikan prosedur halal dipatuhi dalam segala aspek seperti yang digariskan di dalam Manual Prosedur ini.




-Syarikat yang disenaraikan dalam kategori Multinasional dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) adalah wajib mewujudkan Jawatankuasa Audit Halal Dalaman dan melantik seorang Eksekutif Hal Ehwal Islam (Pengajian Islam) bagi mengendali dan memastikan pematuhan prosedur pensijilan halal;




-Disyaratkan mempunyai minima dua orang pekerja Muslim yang tetap dan berwarganegara Malaysia di bahagian dapur/ pengendalian/ pemerosesan makanan.




-Semasa penyediaan, pengendalian, pemerosesan, pembungkusan atau pemindahan produk hendaklah dalam keadaan bersih dan tidak mengandungi bahan ramuan yang tidak halal mengikut hukum syarak.




-Penggunaan peralatan atau kemudahan dalam premis hendaklah bersih dan bebas dari dicemari najis mengikut hukum syarak atau yang memudaratkan kesihatan.




-Pengangkutan yang digunakan hendaklah untuk produk halal sahaja.




-Kebersihan peralatan, pengangkutan, kawasan pengeluaran dan persekitaran amat dititikberatkan dan syarikat hendaklah mengamalkan amalan pengilangan yang baik (Good Manufacturing Practices).




-Pekerja hendaklah mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kesihatan yang baik (Good Hygiene Practices) seperti berikut:



#semua pekerja perlu mendapat suntikan tertentu di mana-mana pusat kesihatan
yang diakui oleh kerajaan sebelum dan selepas diambil bekerja;
#semua pekerja hendaklah mengamalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri yang baik,
terutamanya bagi mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran;
#pekerja yang kurang sihat atau mengalami kecederaan atau luka terbuka yang boleh menjejaskan kualiti sesuatu keluaran
tidak dibenarkan bekerja sehingga pulih;



-sentuhan secara terus di antara tangan pekerja dengan bahan mentah dan keluaran separuh siap hendaklah dihindarkan;




-merokok, makan, minum atau menyimpan makanan, minuman, rokok, ubat dan lain-lain hendaklah dilakukan di kawasan yang dikhaskan dan tidak dibenarkan di kawasan pengeluaran atau mana-mana tempat yang boleh menjejaskan kualiti keluaran;




-semua orang yang hendak masuk ke dalam kawasan pengeluaran mestilah memakai pakaian khas untuk kilang atau pakaian sopan dan bersih (jika tidak ada pakaian khas) mengikut prosedur penjagaan kesihatan dan kebersihan diri termasuk pekerja tetap, pekerja sementara, kakitangan pengurusan, pelawat dan lain-lain;




-pekerja hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan memakai pakaian yang sesuai, penutup kepala dan mulut, sarung tangan dan kasut yang sesuai;




-pekerja hendaklah sentiasa membasuh tangan secara sempurna dengan bahan pencuci yang bersesuaian;



#sebelum memulakan aktiviti pengendalian makanan;
# selepas menggunakan tandas;
#selepas mengendali bahan mentah atau bahan yang tercemar dan sebagainya.



-pekerja tidak dibenarkan memakai apa-apa barang kemas atau barang perhiasan, jam dan sebagainya di kawasan pemerosesan makanan yang mungkin menyebabkan pencemaran (contamination) dalam proses pengendalian makanan tersebut;




-pekerja hendaklah sentiasa bertugas dan berfungsi di tempat yang diarahkan seperti “check point” kualiti halal dan pembelian bahan mentah yang halal;




-pekerja hendaklah komited dan bertanggungjawab dengan polisi halal yang ditetapkan.




-Alat penyembahan agama tidak dibenarkan sama sekali di dalam premis/ kawasan pemerosesan makanan.

Proses Pengilangan

Proses Pengilangan IMP

Proses Pengilangan IMP Proses pengilangan terbahagi kepada 3:

1) Pengusaha

2) Situasi Kilang & Bahan Mentah

3) Pekerja

Pengusaha IMP

Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah :

1) Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk

2) Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan

3) Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.

4) Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak.

5) Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.

6) Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba

Situasi Kilang & Bahan Mentah

1) Susunan dalam kilang mengikut syariat

2) Tidak ada muzik

3) Ada Nur bacaan Al-Quran

4) Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP

5) Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu

6) Sumber bahan-bahan mentah hendak lah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.

7) Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah. Contohnya: bersih lagi suci iaitu menggunakan air mutlak.

Pekerja

1) Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya (menutup aurat). 2) Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.

3) Mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal.

4) Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.

5) Sentiasa ada air wudhu.

6) Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.

7) Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.

8) Perempuan yang haid di pindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian lain.

Hikmah IMP

Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani. Memadai dengan nur wudhu yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah di permulaan bekerja serta doa-doa yang di khususkan, nur tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita…..”

Terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemurkaan Allah. Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul. Memakan makanan Halalan Thoyyiba InsyAllah akan merubah 4 perkara iaitu pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti.

Perbezaan IMP & GMP

Secara umumnya adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK).
IMP: ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA“ sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.
Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……”

Apakah

Apakah IMP (Pengilangan)?
Secara umumnya pengilangan GMP begitu biasa di kalangan industri pengilangan. GMP ialah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia. Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN TOYYIBA"; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah Islam.
IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti:

1. IMP - Islamic Manufacturing Practice
2. GMP - Good Manufacturing Practice
3. HACCP – Persijilan dari Eropah
4. ISO9002
5. Halal

Sejarah

Memandangkan betapa perlunya umat Islam mempunyai satu "Standard" sendiri, maka satu piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) yang menghasilkan produk bertaraf "HALAALAN THOYYIBA“ telah diwujudkan sejak tahun 2005. Sebuah kilang yang bertaraf GMP telah ditubuhkan sebagai satu model Pengilangan IMP. Kaedah pengilangan IMP yang mematuhi tuntutan hukum-hukum dalam Islam telah dijalankan di kilang tersebut. Produk hasil pengilangan ini dijamin kesuciannya bukan sahaja dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut rohaniah.

Pengedaran Produk Halalan Thoyyiba

1) Kekuatan Komuniti ini ialah Produk bertaraf IMP akan dikawal sendiri oleh Sistem.
2) Pengilang, Usahawan dan Peniaga bebas mengakses website untuk mendapatkan pasaran dikalangan ahli komuniti.
3) Webmaster akan menyediakan kemudahan transaksi atau “matmach-matching”.

Manafaat

Dari sudut Perniagaan
1. Memasarkan produk-produk yang berstatus IMP.
2. Bersatu dalam bidang perusahaan makanan dan pemasarannya secara bersepadu
3. Melahir lebih ramai pengusaha Melayu Muslim yang mampu mengeluarkan lebih banyak produk Halalan Thoyyiba untuk menampung permintaan pengguna Islam

4. Memasarkan produk IMP kepada pengguna Islam agar dapat melahirkan ahli masyarakat dan generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. dll.

Dari sudut Ilmu
1. Mendapatkan maklumat terkini tentang halal dan haram melalui laman web.
2. Mendapatkan ilmu pengetahuan agama melalui komuniti
3. Mempelajari kebaikan dan kelebihan IMP serta membantu menyebarkan kepada masyarakat umum (dakwah) tentang keperluannya dalam masyarakat Islam hari ini
4. Pengetahuan tentang keperluan Jihad dalam ekonomi khususnya dalam berjihat dari memakan makanan yang dihasil oleh tangan-tangan kafir.

Objektif

1. Mewujudkan jaringan perniagaan melalui satu sistem yang komprehensif dan sistematik melalui Jaringan Integrasi (Integrated Networking).
2. Melaksanakan JIHAD EKONOMI ; meningkat ekonomi ummah melalui sistem Pemasaran Strategik (Strategic Marketing).
3. Mempelbagaikan produk bercirikan Halalan Thoyyiba dengan membangun lebih ramai usahawan Muslim yang terlibat secara langsung dalam industri makanan halal untuk ummah Islam sejagat
4. Mendidik masyarakat pengguna Islam agar beralih kepada produk Halalan Thoyyiba demi menjaga kesucian agama dan mempastikan generasi akan datang lebih patuh kepada kehendak agama

5. Melaksanankan tuntutan agama

Wednesday, June 30, 2004

halal product

you can start find out all about halal product at http://www.halalmart.com